Begitu pantasnya masa berlalu -- Tahun 2020 hampir sampai ke penghujungnya. Tidak dinafikan ia tahun yang sukar bagi kita semua, mungkin tahun 2020 ini adalah tahun yang berbeza sepanjang hidup kita yang akan membuatkan kita sukar untuk melupakannya.
Sebagai seorang fotografer yang berkerja disalah sebuah portal media tempatan, pengalaman memotret tahun 2020 ini memberikan perbezaan yang ketara dalam karier saya. Pada mulanya tahun ini kita dikejutkan dengan kepincangan kerajaan terdahulu dimana menjadi salah satu berita utama tahun ini seterusnya diambil alih oleh kerajaan yang baharu sebelum menularnya virus Covid-19 ke dalam Malaysia.
Pengalaman berkerja dilapangan sewaktu pandemik Covid-19 sangat berbeza. Mungkin bagi orang awam ia merupakan suatu peluang tatkala seluruh rakyat Malaysia perlu duduk dirumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada 18 March.
Peluang menghasilkan visual menarik setiap hari sepanjang tempoh PKP sangat membuatkan saya teruja. Hampir setiap hari ada sahaja foto-foto yang akan diambil dan disaluarkan kepada syarikat. Tempat-tempat tumpuan sekitar Kuala Lumpur yang lengang, operasi saringan di tempat zon merah, operasi sanitasi awam dan sebagainya.
Tetapi ada diantara jurugambar media juga terpaksa menetap ditempat lain sementara dan berjauhan daripada keluarga untuk mengelakan kebarangkalian dijangkiti virus Covid-19. Walaupun sering kekurangan daripada segi maklumat, kepenatan, dihalang oleh anggota keselamatan untuk membuat liputan, namun itu bukanlah penghalang untuk mendokumentasikan visual sejarah Malaysia supaya dapat ditatap oleh masyarakat dan juga generasi akan datang.
Bagi saya selain memberi cabaran, tekanan dan dugaan, tahun 2020 ini juga memaksa kita untuk bertindak diluar kemampuan daripada kelaziman kita. Kita dipaksa mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan yang merupakan sesuatu norma baharu bagi kita. Menjalankan aktiviti atas talian sesi pembelajaran dan perjumpaan. Ada juga yang dibuang kerja dan melakukan perniagaan demi kelangsungan hidup.
Seburuk mana tahun 2020 telah memberi kesan keatas kita, kehidupan perlu diteruskan untuk tahun berikutnya. Dugaan dan rintangan yang lalui hanyalah rencah kehidupan dan plot cerita yang membuatkan sebuah filem lebih sempurna. Semoga tahun 2021 akan lebih baik dan memberi satu suntikan semangat untuk kita mengubati luka-luka 2020. Mungkin tempoh kembali pulih akan mengambil masa tapi biarlah hanya parut-parut di tahun 2020 kekal bersama agar menjadi pedoman masa akan datang.
Terima kasih kepada semua di sekitar saya atas dorongan dan bimbingan.
Semoga tahun 2021 terus menjadi tahun inspirasi untuk kita semua.
All Images are copyrighted and ownership of every single photograph is held by myself and Malay Mail.
Images shown here are meant for personal portfolio only.
NOBODY IS ALLOWED TO USE ANY OF THE PHOTOS & ARTWORKS WITHOUT WRITTEN CONSENT FROM THE OWNER

Pelancong tempatan dan asing beratur untuk mendaftar masuk dan membeli tiket penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 17 Mac 2020. Malaysia menghentikan perjalanan ke luar negara untuk rakyat Malaysia dan melarang pelancong memasuki Malaysia pada 18 Mac menurut Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri.